Tuesday, May 18, 2010

HUjan itu Rahmat sekalian alam

OK Sekarang cuaca tidak menentu dan kadang2 langit cerah ja di waktu pagi sehingga tengahari tetapi tidak ku sangka hujan gerimis di petang hari.. petang tadi bukan gerimis terus hujan lebat atau dalam bahasa inggeris "It's raining cat and dog" hehe.


Teringat waktu aku kecik2 dulu masa umur di antara 7 dan 9 tahun. Kalau hujan ja mesti seronok dan mesti keluar bermain bersama kawan p main hujan. Hujan kat kampung ni ble dikategorikan sebagai hujan yang 'baik' la hehe sebab tak la berasid mcam hujan kat bandar ni.
Tapi da cara juga nak men hujan ni, hanya hujan yang betul2 lebat dan lama ja dan selalunya di awal permulaan hujan turun tu kami tak akan keluar main lagi kerana dikhuatiri air hujan masih di fasa berasid. Jadi kena tunggu beberapa ketika dan rasa macam dah ok kami p la kluar dari rumah melompat keseronokan pakat main selut la,main aci ligan, bola dan gelungsur dalam longkang besar yang air mngalir deras tu ala2 macam kat Sunway lagoon dah tu haha.. best kan bila terkenangkan kembali dan yang bestnya kalau dah biasa main hujan ni badan akan ada daya tahan dan alhamdulillah tak demam pon kalau kena gaya.

Lagi satu aku teringat msa di sekolah menengah belajar Pendidikan Islam tingkatan 4 atau 5 kut ada membincangkan proses kejadian hujan ni sebab semuanya telah tercatat di dalam Al-Quran.

PROSES KEJADIAN HUJAN

“Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)


Ayat Al-Quran di atas jelas menerangkan bagaimana gumpalan awan boleh terbentuk dari tiupan angin dan seterusnya terhasil la curahan air hujan ke atas muka bumi ciptaan Allah yg Maha Kuasa ini.
Ahli saintis memerlukan teknologi yang canggih serta kajian yang terperinci barulah mereka dapat mengetahui proses sebenar kejadian hujan sedangkan semuanya telah terkandung di dalam Al-Quran. Lihat lah betapa agungnya dan indahnya sesuatu proses yang dijadikan Allah dan inilah bukti kekuasaan-Nya dan kita semua perlu beriman terhadapNya dengan mngerjakan suruhan dan mninggalkan laranganNya.

Lagi ayat dari Al-Quran mngenai hujan:

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (Al-A’raf : 57)”

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)



-muckraker's photography


p/s: Ingatlah hujan itu rahmat dari Ilahi dan ada sebabnya Allah turunkan hujan di sesuatu tempat. Jangan mengeluh apabila hujan turun kerana ketahuilah bahawa antara waktu paling mustajab untuk berdoa adalah ketika hujan. Akhir kata, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
-Amin-

Wassalam~

1 comments:

Nudinsenin said...

betul tu muck....Ayat22 Allah sbgai rujukan..tugas kita untuk mengkaji...
macamner plak ngan kapal terbang atau besi terbang?

Post a Comment